Monday 1 December 2014

Testimoni Diriku

Assalammualaikum... salam sayang semua... muah muah...alhamdullilah kali ni sue nak share dengan anda semua mengenai Vitamin C yang sue amalkan sejak 3 bulan lepas...

Jimat sungguh vitamin C nie, sampai hari nie belum abis lagi tau.. 180 biji boleh tahan 6 bulan.. WOW jimatkan.. memang rugi kalau kita tak grab vitamin C nie.. bukan apa sebab vitamin C nie tidak boleh dihasilkan oleh badan, oleh itu kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari bagi menampung kegunaan dalam badan..

tapi persoalannya, adakah kita mendapat  vitamin c secukupnya dari pemakanan kita seharian..??? hakikatnya tidak bukan... jadi itulah kegunaan supplemen bagi membantu kita untuk mendapatkan vitamin yang cukup untuk tubuh kita...





ini adalah muka sue sebelum menggunakan produk shaklee sebagai supplemen seharian sue.. dulu memang teruk sangat muka di penuhi jerawat batu.. tapi kini makin hilang dan hilang.. alhamdullilah...




ini adalah muka sue terkini... banyak perubahankan.. nie tak pakai camera 360 yer.. normal camera.. kian hilang parut jerawatku...

sue amalkan vitamin C dan ESP setiap hari bagi keperluan protien dan vitamin c untuk tubuh badan.


sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk shaklee anda boleh terus hubungi sue..




Sunday 30 November 2014

Promosi Vitamin C



Assalammualaikum... salam kasih sayang buat anda semua.. terima kasih buat anda yang sudi mengunjungi blog sue..

Wow.. bulan nie promo Vitamin C dan E... memang double promo.. syukur sangat...

dengan setiap pembelian 6 anda akan mendapat percuma 1 botol.. bestkan..

vitamin C nie boleh tahan sehingga 6 bulan.. tak rugi beli.. berbaloi sangat...


berminat.. anda boleh hubungi sue..


Wednesday 26 November 2014

Luka

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua, terima kasih kerana sudi membaca entri sue kali nie.. musim cuti sekolah dah pun bermula, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk menkhatankan anak-anak mereka.. alhamdullilah... 

Pastinya bila kita sebut berkhatan, ibubapa sedia maklum bahawa anak yang berkhatan akan mengalami luka akibat pembedahan kecil membuang kulit di ***... Jadi sebagai ibubapa pastinya kita hendak memastikan luka anak sembuh dengan cepat dan anak sihat.

Alhamdullilah terdetik hati hari nie nak share sedikit info tentang luka dan supplemen yang di perlukan bagi penyembuhan luka... 

3 sebab luka lambat baik/sembuh


  • kekurangan protein
  • kekurangan zinc
  • kekurangan vitamin C
Jadi kita harus pastikan anak-anak kita mendapat vitamin yang cukup untuk penyembuhan luka yang cepat dan selamat... nak baca mengenai luka pembedahan anda boleh ke blog dr zubaidi...

http://drzubaidi.com/blog/merawat-luka-pembedahan/

Insya allah next entri sue akan bercerita mengenai kebaikan dan manfaat vitamin yang di perlukan bagi penyembuhan luka.

next be continue....



Tuesday 11 November 2014

Tips Penjagaan Luka Bersalin Secara Pembedahan Ceasarean

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi. Luka anda boleh dijangkiti kuman atau terbuka sekiranya ia tidak dijaga dengan baik 


Bersalin secara pembedahan Ceasarean, penjagaannya adalah agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka bersalinakibat pembedahan Ceasarean memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.

Pembedahan caesarean adalah pembedahan major. Namun begitu, anda mungkin masih tak sangka betapa kuat sakit yang dialami selepas pembedahan itu. Anda mungkin merasakan tak berupaya membuat apa-apa dengan sendiri.

Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seorang. Batuk atau ketawa menyebabkan kesakitan. Tetapi, anda perlu tahu, bahawa pergerakan lepas bersalin itu perlu bagi mengelakkan terbentuknya darah beku.

Memegang atau menyokong luka anda dengan tangan atau meletakkan bantal di bawah perut boleh membantu melegakannya..


Cara penjagaan luka bersalin secara pembedahan Ceasarean
bersalin secara pembedahan Ceasarean

Tip-tips penjagaan luka bersalin pembedahan agar pulih dengan cepat :


1. Bergerak lebih awal


Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang



Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya


Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional


Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

*Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

 

Multivitamin @ Vita-Lea Shaklee with Iron Formula

Semasa proses bersalin secara pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.



6. Makan pil penahan sakit


Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


7. Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif


Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan. Menyusu anak secara eksklusif juga dapat membantu menurunkan berat badan anda dengan cepat!!

*Hubungi saya untuk bantuan tips menyusu secara eksklusif..


8. Pastikan luka sentiasa kering dan bersih



Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Pastikan luka anda sentiasa dikeringkan selepas mandi. Ini kerana  luka yang basah atau lembap boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. Pakai bengkung

Pakai bengkung yang selesa

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan


Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga


Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran / serius selepas bersalin pembedahan / ceasarean ;





1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Semoga perkongsian ini membantu anda yang bersalin secara ceasarean atau pembedahan pulih dengan cepat. 


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.  

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam  ~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~ sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG HARGA KASIH SAYANG DAN FREE GIFT UNTUK ANDA 


Rawatan untuk Buasir

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.



Jenis-jenis Buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.



Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.·
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
    Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.


                               





Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

  • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
  • Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam  ~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~ sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG HARGA KASIH SAYANG DAN FREE GIFT UNTUK ANDA 




Sunday 9 November 2014

Rainbow Cheese Cake

Assalammualaikum semua... wah kali nie sue nak share gan u olls cara sue buat Rainbow Cheese Cake... Kek nie memang sedap sangat.. memang terbaik.. anak2 sue memang suka makan kek, jadi kena la rajin2...

Jom kita ikut step by step..

Bahan-Bahan

3 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan gula kastor
5 Biji telur - (sebnrnya resepi nie pakai telur putih je tapi sue syg jadi sue letak semua je )
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
2 sudu kecil Esen Vanilla
250g Butter ( yg nie sue guna jenama butter lite )
6 pewarna ( sue pilih oren, purple, pink, hijau, yellow and blue )

Cara-Caranya:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Masukkan Butter dan gula, pukul sehingga kembang dan putih
3. kemudian masukkan telur satu per satu sehingga kembang
4. masukkan esen vanila
5. masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga abis. pukul sehingga sebati
6. Bahagikan kepada 6 bahagian dan letak pewarna.
7. Bakar pada 180c selama lebih kurang 20 minit.. nie korang kena sentiasa tgok sbb lain oven lain.
8. Sejukkan terlebih dahulu


Untuk Cheese cream

Bahan2

1. 500g Tatura Cheese 
2. 250g Butter ( sue guna butter lite )
3. 1 Cwn Gula asing

Cara2nya:-

pukul kesemua bahan2 diatas sehingga sebati.

kemudian lapiskan kek 1 per satu



Rainbow Cheese Cake ( kek cheese pelangi )



setelah di potong... cantikkan.. hehehe

tara....... cantikkan.. colorfull.. hehehe walaupun tak berapa kemas tp rasanya tetap sedap.




Selamat Mencuba semua...... sebarang komen boleh tinggal di bawah.... hehe

Monday 27 October 2014

Pemakanan Untuk Penyakit Darah Tinggi

Assalammualaikum semua... sihat ke hari ni.. harap-harap anda semua sihat hendaknya.. alhamdullilah hari nie sue nak share tentang cara pemakanan untuk penyakit Darah Tinggi.

Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah ini??? Jika ada jangan lupa jaga pemakanan anda.. Jom kita baca tentang pemakanan untuk pesakit darah tinggi..

Pengenalan
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
  • Garam / natrium
  • Berat badan
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)
Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
Jadual kandungan garam dalam makanan
Rendah
Sederhana
Tinggi
Buah-buahanDagingAgen Perasa
  • Kicap, sos barbeku, tauchu (pes soya), sos cili, sos tiram, sos tomato.
Sayur-sayuranIkan
Minyak sayuranTelur
LemakSusuEkstrak
  • Sayuran (marmite) - Daging (Bovril)
Gula
Tepung
NasiPenambah perasa
  • Monosodium Glutamat, - Kiub perasa
Roti putih
Roti mil penuh (roti berserat tinggi)
BijirinAgen penaik
  • Serbuk penaik berasaskan natrium, soda bikarbonat
Kekacang
Krim salad
  • Salad cream
  • Mayones
Makanan terproses
  • Makanan dalam tin,
  • Bijirin (sedia dimakan),
  • Keju
  • Sup sedia dimakan
Makanan diawet
  • Ikan masin
  • Telur masin
  • Daging yang diawet
  • Sosej
  • Daging burger
  • Jeruk buah-buahan
  • Jeruk sayur-sayuran
  • Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
Menambah Perisa Dalam Makanan
  • Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda.
  • Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
  • Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Ha.. dah baca bukan, so jaga-jaga yer dengan pemakanan kita seharian.. selain itu juga kita boleh mencegah dengan supplemen.. so nak tau supplemen yang terbaik untuk anda yang menghidap darah tinggi boleh je...



Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG




HARGA KASIH SAYANG DAN FREE GIFT UNTUK ANDA


info:myhealth