Friday, 18 July 2014

Tips Diet Sebelum Kahwin

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripadaKevin Zahri (www.kevinzahri.com)
Lapan tip pemakanan untuk bakal pengantin:
1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.
3. Tambahkan makanan yang berserat.
4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.
6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.
Lima tip cara bersenam pengantin:
1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.
2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.
Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.
3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.
4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik.
Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalorisetiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.
5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.

credit : Jomdiet

5 Cara untuk kempiskan perut

Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit.


 
Tetapi, jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda.
Dibawah kami kongsikan dengan anda 5 cara bagaimana anda boleh mengempiskan perut anda, dengan syarat ianya dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin.

Cara #1: Makan Makanan Yang Betul

Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

Cara #2: Tinggalkan Makanan Ringan

Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

Cara #3:  Berhenti Makan Lewat Malam

Kebanyakkan orang akan terus tidurselepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

Cara #4:  Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

Cara #5: Lakukan Senaman Kardio

Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapatmembakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.
Cuba praktiskan 5 cara ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Perut anda kini lebih cantik dan slim!


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 

~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~


sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

10 Cara untuk Kurus secara Sihat bersama Shaklee

Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar (seperti menawan puncak Everest).
Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Dan dalam artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda sembilan cara bagaimana untuk kurus.
Cara Kurus #1 – Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
Cara Kurus #2 – Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Cara Kurus #3 – Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Cara Kurus #4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Cara Kurus #5 – Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Cara Kurus #6 – Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Cara Kurus #7 – Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Cara Kurus #8 – Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Cara Kurus #9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Cara Kurus #10 - dan akhir sekali untuk membantu diet kita dengan berjaya kita ambil Set Kurus Shaklee... Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh hubungi sue..


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 

~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~


sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Thursday, 17 July 2014

Tips Ketika Berpuasa


Meskipun berpuasa namun anda harus tampil segar dan bertenaga. Ikuti tips yang boleh diikuti ini.



  • Sambut Ramadhan dengan senang hati yang memberi pengaruh pada kualiti puasa anda. Dalam keadaan senang hati, hormon epinefrin, endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat untuk menghadapi puasa. 
  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat disarankan. Ketika berpuasa, tubuh kita tidak mendapat gizi lebih dari 14 jam. Untuk itu sel-sel tubuh memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.
  • Berbuka dengan kurma dan air madu untuk memulihkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Kemudian, terus bersolat sebelum kembali menikmati juadah yang lebih berat pula.
  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.
  • Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan mmenjadi lebih mudah dan ringan.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penambah perisa, minuman bergas dan bahan masakan yang tajam seperti cuka, cili ataupun asam.
  • Minum banyak air putih untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah dehidrasi.
Credit : Mingguan Wanita

Pantang Larang Kecantikan


cantik bukan setakat di definisikan sebagai cantik rupa paras saja tetapi merangkumi banyak aspek, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Bagaimanapun, jika seseorang itu memiliki rupa paras menawan, ia bonus kepadanya. Selain itu, keinginan untuk cantik bukan setakat menggunakan produk kecantikan di pasaran dengan pelbagai fungsi, ia juga perlu diselaraskan dengan beberapa pantang larang supaya kesannya lebih maksimum.


Pantang larang ini wujud sejak zaman dulu kala lagi. Lihat saja datuk nenek kita mengekalkan kecantikan tanpa bantuan produk. Jawapannya mudah, hanya mengamalkan pantang larang ditambah pula mengambil pemakanan berkhasiat dan aktiviti harian, kecantikan asli itu pasti terserlah.

Malah, ada yang sehingga usia tuanya tetap kekal dengan petua dan pantang larang berkenaan.

Tiada kos yang tinggi diperlukan, hanya konsisten dan elakkan daripada melakukan perkara dilarang. Justeru, di sini, terdapat beberapa pantang larang mudah yang boleh di aplikasi terutama membabitkan wajah dan rambut wanita kerana ia antara aset paling berharga buat mereka.

1. Jangan memicit jerawat

Jerawat memang menjadi masalah kepada penampilan wanita. Setiap bulan pasti akan tumbuh dan ‘mencacatkan’ wajah. Timbul geram dan terasa ingin saja dipicit.
Apa pun, jangan sesekali memicit jerawat menggunakan kuku kerana ia akan merosakkan kulit dan memburukkan lagi keadaan jerawat anda sehingga meninggalkan parut. Jika ingin teruskan juga, pastikan tangan anda betul-betul bersih atau gunakan sarung tangan.

2. Jangan gunakan sabun mandi

Sabun mandi sesuai untuk kulit badan saja, bukannya kulit wajah. Bahan yang terkandung di dalam sabun mandi itu boleh menghilangkan minyak asli kulit muka dan kesannya ia boleh menjadikannya kering. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.

3. Jangan keringkan rambut guna tuala

Kebanyakan wanita selepas mandi sering menggosok rambut yang basah dengan tuala dengan hasrat supaya ia cepat kering. Tapi tahukah anda, menggosok terlalu kuat boleh menjadikan rambut mudah putus dan kusut terutama jika rambut panjang.

Cara yang sepatutnya digunakan ialah dengan memerah rambut anda dan membalut dengan tuala. Biarkan ia kering sebentar tanpa perlu memberi tekanan kepada rambut anda.

4. Jangan sikat rambut basah

Seeloknya sikat rambut anda ketika kering kerana rambut yang basah, ia mudah tersimpul, kusut dan boleh mengakibatkan rambut mudah putus dan rosak.

5. Bersihkan muka sebelum tidur

Jangan sesekali anda tidur tanpa membersihkan muka. Ini kerana muka yang tidak dicuci dan bermekap ia boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan seterusnya memberikan masalah kulit seperti jerawat. Jika malas sekali pun, cuci saja sudah mencukupi. Jangan biarkan kulit anda tidak boleh bernafas.

6. Jangan mandi air panas

Mandi air panas ada kelebihan dan kekurangan, tetapi jika kulit anda kering seeloknya cuba elakkan daripada mandi air panas atau mandi menggunakan mandian haruman.


Credit : Berita Harian

Kenapa Suplemen Shaklee Penting Untuk Ibu Menyusu ?

Pentingnya suplemen kepada ibu-ibu yang menyusukan adalah kerana ianya mengandungi vitamin-vitamin lengkap yang akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran susu badan dengan lebih cepat. 





Apa ada dalam set ini?
  B Complex : Dikenali sebagai vitamin antistress yang boleh membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu. Tiada stress atau tekanan maka pengeluaran susu menjadi lebih lancar. Kita pun sedia maklum bahwa stress adalah yang perlu dielakkan untuk memastikan bekalan susu berjalan dengan baik.

 
Vitalea : Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu terutamanya sepanjang berpuasa. Keletihan dan kelesuan akan menyumbang kepada pengeluaran susu yang tidak memberangsangkan.

 
Vitamin C : Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin c kaya dengan kolagen yang membuatkan kulit ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi. Tidaklah pucat semacam, suami tengok pun tak sampai hati kan. Satu biji vitamin C ini bersamaan 7 1/2 biji oren. Bayangkan betapa terserlahnya kesegaran dan kejelitaan anda nanti.

 
Alfalfa Complex : seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu. Khasiatnya berperanan sebagai penggalak susu diakui ramai bagi yang telah mencuba. Selain itu ia membantu pelawasan yang sempurna kerana ianya juga kaya dengan fiber.
Tidak syak lagi alfalfa adalah galagtague yang terbaik!

 
Ostematrix : Ini adalah pil kalsium yang luar biasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa? Kerana ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Ianya didatangkan dalam bentuk mudah ditelan. Juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

 
Energizing Soy Protein (ESP) : Protein soya yang tidak perlu disangkal lagi. Ianya menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya. Tiada yang terbaik dan halal melainkan ESP ini. Ianya sangat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak!

Oleh itu ibu-ibu menyusu badan tidak perlu lagi risau dengan kemungkinan susu merudum kerana adanya set 3M ini dapat meyakinkan ibu meneruskan penyusuan. Tidak mustahil jika ianya diambil dengan cara yang betul. paling penting dengan mengambil set 3M ini, kita sudah sedia maklum tentang konsep demand & supply yang sangat mempengaruhi pengeluaran susu. Jika jadual pam dan penyusuan berjalan dengan sempurna, pengambilan set 3M ni sudah pasti mengagumkan anda. Jom cuba!


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 

~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~


sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Vitalea Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil

Pemakanan yang seimbang semasa hamil amat penting kerana pada ketika ini badan sangat memerlukan nutrisi lengkap buat ibu dan juga bayi bagi proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Kebiasaan, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir dimana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Semasa mengandung, apa sahaja yang kita makan merupakan sumber utama nutrien pada bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan perkembangan bayi. Di awal kehamilan asid folik sangat penting kerana ianya membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang.

Selain itu, paras Hemoglobin (Hb) iaitu penghasilan sel darah merah sangat perlu dijaga bagi mengelakkan anemia, pening atau mudah pitam. Wanita hamil yang mengalami Hb rendah digalakkan mengambil Vitalea ini.





Keistimewaan Vitalea Shaklee 

✔ 2 kali lebih anti-oksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas.
✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf.
✔ 2 kali lebih Beta Kerotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent.
✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat.
✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong kesihatan tulang.
✔ 10 kali lebih Biotin untuk menyokong proses pengeluaran tenaga.

Siapa Perlukan Vitalea Shaklee     

✔ Remaja yang sedang membesar
✔ Wanita Hamil, yang menyusukan anak dan dalam pantang
✔ Wanita hamil atau mereka yang bermasalah Hb rendah
✔ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
✔ Individu yang tidak lengkap diet hariannya
✔ Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur
✔ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang

Sekiranya anda mahu amalkan pemakanan suplemen untuk kesihatan optimum, cukup sekadar mengambil Vitalea Shaklee. InsyaAllah ianya terbaik untuk kesihatan berpanjangan. 


Berminat untuk mendapatkan produk shaklee, boleh terus hubugi saya..
 consultation secara percuma dan tip-tip pengunaan kepada pelanggan sue sepanjang pengambilan produk shaklee bersama sue......
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
 
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD

Tips Dapatkan Berat Ideal Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan salam sayang buat anda semua, kali ni sue nak kongsi dengan anda serba sedikit tips untuk mendapatkan berat yang Ideal selepas bersalin..

Tempoh kehamilan 9 bulan sememangnya amat mencabar bagi wanita, kenaikan berat badan setiap bulan itu pasti... Sejarah kehamilan sue, anak Pertama sue, di lahirkan pada tahun 2005, berat badan naik mendadak semasa kehamilan namun selepas kelahiran dan berpantang berat kembali menurun... begitulah sehingga sue melahirkan anak yang ketiga, berat badan tak nak turun dah... ermm masa tue mmg tak fikir sangat pasal berat badan... sehingglah mengandungkan anak yang ke-5, sue mengalami masalah semasa kehamilan iaitu GDM atau lebih dikenali kencing manis ketika mengandung... Wah risaunya sebab masih muda.. apa pun semua kembali normal selepas kelahiran... masalahnya berat tak mau turun... so sekrang kena la diet... bagi anda di luar sana.. ingat berpantang dengan betul.. makan vitamin untuk pulihkan kesihatan... hehehe khidmat nasihat dari saya... ok kita teruskan dengan tajuk kita...

Masalah berat badan dan bentuk badan berubah selepas melahirkan bayi adalah perkara biasa. Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?


Bukan semua wanita bertuah mendapat kembali berat dan bentuk badan asal mereka. Sebelum membuat keputusan untuk mengikuti sebarang proses diet bagi mengembalikan semula badan yang langsing dan cergas, fahami terlebih dahulu apa yang boleh dan tidak boleh.

Sebaiknya tunggulah lebih kurang enam minggu selepas melahirkan bayi sebelum anda berfikir mengenai proses menguruskan badan. Ingatlah bahawa perubahan bentuk badan tetap berlaku sepanjang kehamilan.

Justeru kebanyakan wanita menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Namun ia bukanlah satu yang mustahil asalkan anda berdisiplin dan bercita-cita tinggi untuk mencapai impian tersebut.

Tempoh kehamilan selama sembilan bulan dicampur dengan proses pelahiran bayi yang memenatkan pasti memerlukan seorang ibu memulihkan kembali tenaga yang hilang. Oleh itu jangan terus lakukan sebarang senaman berat seperti yang biasa anda lakukan ketika belum hamil.

Badan anda masih dalam tempoh pemulihan. Ada boleh memulakan dengan membuat beberapa senaman ringan sebagai pemanas badan. Antara yang mudah dilakukan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan. Lakukan ia apabila badan memberi isyarat sudah bersedia untuk melakukannya.

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat.

Dapatkan garis panduan yang diiktiraf pakar diet dalam membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat :

Jangan abaikan sarapan pagi

Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari

Masukkan menu makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda

Pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat)

Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi

Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Berusahalah tanpa jemu dan jangan berputus asa. Biarpun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin, tetapi penting bagi anda untuk melakukannya. Tetapi ingatlah perlu menjaga kesihatan dan jangan secara drastik.


Benarkah menyusukan bayi boleh kurus?


Sebelum memikirkan tentang badan yang boleh kurus dengan menyusukan bayi, penting untuk diketahui bahawa apabila menyusu, badan ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.

Sebanyak 300 hingga 500 kalori diperlukan oleh tubuh badan si ibu yang menyusu bayi.

Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.


Bilakah saya boleh dapat kembali berat badan normal?


Amalan pemakanan berkhasiat sepatutnya menjadi amalan setiap wanita tidak kira semasa belum hamil mahu pun sepanjang kehamilan. Hakikatnya anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.

Namun demikian, sekiranya anda mengalami situasi di luar kawalan sepanjang hamil seperti mabuk kehamilan, alah dengan sesuatu makanan atau lain-lain masalah menyebabkan amalan pemakanan menjadi tidak teratur, maka proses mengembalikan berat badan asal mengambil masa yang lama, sekitar setahun atau lebih.

Sebenarnya tidak perlu terlalu stres memikirkan apa kata orang tentang bentuk badan yang sudah berubah. Lalui ia dengan tenang kerana ingatlah, anda anda baru sahaja menyelesaikan tugasan berat yang mengambil segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda.

Asalkan anda mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat, bersenam, menyusukan bayi dan menikmati pengalaman bergelar ibu dengan gembira secara automatik anda memberi masa kepada tubuh badan untuk kembali kepada bentuk asal secara sihat.



Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 

~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~


sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Kebaikan Performance Drink Shaklee

Kebaikan Performance Drink Shaklee

Bulan puasa ni 3 produk Shaklee yang paling laris adalah ESP, MealShakes dan Performance Drink. ESP baru je Shaklee keluarkan notis "ESP OUT OF STOCK" !! Kan dan bagitau, ESP memang hot product. Ramai yang borong bertin-tin bulan puasa ni untuk berpuasa. Jangan risau, ESP takde anda boleh gantikan dengan MEALSHAKES. Mealshakes dah ada stok. So cepat-cepat borong Mealshakes sebelum habis stok jugak.

Ok entry kali saya nak cerita tentang Performance Drink yang tak kurang hebatnya. Laris di bulan puasa ni. Mesti ada yang belum tau dan nak tahu lebih lanjut tentang Performance Drink dan kenapa ianya menjadi rebutan di bulan puasa.



Performance Drink merupakan minuman sukan pertama bagi atlet di Amerika Syarikat. Ianya juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat, Para atlet bertaraf antarabangsa juga memilih Performace Drink kerana minuman ini banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam sukan dunia mahupun aktiviti pengembaraan. Performance Drink dirumus eksklusif OptiCarb yang telah dipatenkan bagi meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Performance Drink juga mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.


Kebaikan Performance Drink 

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. Membekal Tenaga dan Daya Tahan Fizikal - ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

3. Mencegah Penyahidratan - mengurangkan kehausan, mencegah badan dari dehidrasi seperti ketika berpuasa, melembapkan kulit dan kelihatan muda.

4. Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah bagi tenaga otot dan percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

Siapa yang Memerlukan Performance Drink ?

✔ Atlet
✔ Mereka yang berpuasa
✔ Sebelum dan selepas pembedahan
✔ Yang sering tidur lewat
✔ Kerap rasa letih
✔ Vagina yang kering
✔ Tiada selera makan
✔ Kerap pening
✔ Tidak suka minum air masak
✔ Cirit-birit

Performance Drink adalah satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau anda boleh campur bersama minuman lain.


Antara Produk lain yang boleh di minum bersama Performance Drink :-

  • Performance + ESP
  • Performance + Meal Shake
  • Performance + Meal shake + ESP
Keenakannya amat terasa... anda ingin mendapatkannya untuk kekal bertenaga!

 
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Misi Kurus Bersama Shaklee...!

Siapa nak kurus??? Jangan la malu... Sue pun nak kurus macam dulu balik... jom sertai sue dalam misi kuruskan badan sebelum Raya...

Jadi bagaimana nk capai misi kurus sebelum raya dengan cara selamat dan berkesan? Entry kali ini akan berkongsi beberapa perkara menarik untuk meneruskan program kurus sebelum raya iaitu 

" 8 Tips Diet Mudah Untuk Bersahur"
" 5 Vitamin yang Membantu Untuk Kurus"
" Cara makan Vitamin Kurus Shaklee "
" Rahsia Tingkatkan Metabolisme Di bulan Puasa" 

Sebelum saya terangkan secara details, ada baiknya saya tunjukkan 8 tips diet ketika bersahur yang dikongsikan oleh Kevin Zahri 


Nampak di situ, jangan sesekali skip sahur. Sahur ni ibarat breakfast la untuk kita. Program kurus tidak akan menjadi kalau anda skip breakfast atau sahur di bulan puasa. Bagaimana untuk dapatkan keperluan protin yang paling mudah dan senang? Tak sempat bangun sahur atau terlewat bangun sahur sekalipun, ada kena dapatkan sesuatu untuk bekalan tenaga seharian.. haaaa ini yg saya nak cerita.

 5 Vitamin yang Membantu Untuk Kurus


Antara bekalan vitamin untuk kurus yang boleh diambil ketika puasa adalah 
  • Lecithin - bakar dan pecahkan lemak/kolestrol
  • Herb lax - detox usus buang toksik di usus
  • Alfalfa - detox badan/ serap lemak untuk dibuang
  • Cinch Shake - inchloss/ bina otot dan elak kulit menggeleber/ 24gm protin
  • Cinch Energy Tea - beri tenaga extra dan tingkatkan metabolisme

Cara makan Vitamin Kurus Shaklee

Waah banyaknya vitamin..ok ke makan time puasa ni? 
Jawapannya ok kalau ikut cara makan yang betul bagi semua vitamin tersebut. Memandangkan kita telah pun mengalami proses detox semujadi dengan berpuasa, herb lax boleh diambil 2x seminggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad sebanyak 4 biji sebelum tidur. 

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 3 biji selepas sahur dan 3 biji selepas berbuka

Untuk bersahur, amalkan makan cinch Shake yang boleh dicampur dengan Performance Drink
 
 

 

Cinch Energy tea juga boleh diambil dengan mencampurkan 1 sacet  bersama 3 sudu Performance Drink dan tambahkan sedikit madu untuk rasa yg lebih sedap. Boleh diambil selepas berbuka untuk kesegaran menunaikan solat terawikh dan workout sebelah malam. Untuk workout ringan, boleh amalkan buat kerja-kerja rumah. Boleh juga bersenam menggunakan treadmill atau keluar bermain badminton.  Cinch Tea jug aboleh diambil selepas sahur untuk memastikan kecegasan sepanjang hari.

Rahsia Tingkatkan Metabolisme Di bulan Puasa




Mungkin ada yang berkata, macam mana nk tingkatkan metabolisme kalau dah puasa. Apa kaitan metabolisme dengan puasa? Metabolisme adalah proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga.  Semasa berpuasa metabolisme badan akan menurun kerana kita kurang makan. Jadi bagaimana nak pastikan metabolisme tinggi supaya proses penurunan berat badan boleh berlangsung dengan lebih efisien ketika puasa? 
 

 

Jawapannya ada dalam Cinch Energy Tea Mix. Antara kandungan yg terdapat dapan CInch energy Tea adalah Taurine. Apa tujuan Taurine? Boleh klik gambar di bawah untuk lebih jelas



Teh Hijau juga mampu untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Ramuan cinch Tea juga mengandungi Teh Hijau yg juga bertindak sebagai antioksida yg bagus. 


Jadi kenapa tidak berani untuk meneruskan misi bersama Shaklee kerana ia menyediakan semua yg diperlukan untuk menurunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan jika diambil dengan cara yang betul. 

Jika anda PERLU KURUS SEBELUM RAYA DAN SELAMA-LAMANYA, dont wait! Lagi insyaaAllah berat akan turun, inchi akan berkurang..dengan syarat bertindak sekarang dan mulakan program diet bersama Shaklee sekarang. 
 
 
 
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Atasi Masalah keguguran Rambut dengan Shaklee

Masalah keguguran rambut, baik lelaki mahupun wanita sering mengalami masalah keguguran Rambut. Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini dan apakah punca masalah keguguran rambut??

Rambut semakin nipis, hampir menampakkan kulit kepala akibat keguguran rambut yang kritikal. Igauan ngeri kan? Tambah buruk kalau kulit kepala turut hadapi masalah kelemumur. Kelemumur juga boleh menambahkan lagi masalah rambut gugur akibat kulit kepala yang tidak sihat. Nak biar ia semakin menipis ataupun nk cari penyelesaian kepada masalah rambut gugur yang kronik?


Antara punca rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur adalah disebabkan oleh
  1. Genetik 
  2. Tekanan 
  3. Hormon yang tidak stabil 
  4. Kekurangan nutrisi tertentu akibat diet yg tidak betul
  5. Pengambilan ubat-ubat tertentu
  6. Penggunaan product rambut yg kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut dan bahan untuk menukar rambut dari kerinting kepada lurus dan sebaliknya
  7. Kurang mencuci rambut menyebabkan minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Jadi bagaimana nk mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur yang teruk? Di sini sue nak suggest bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut untuk memgambil Vitamin Shaklee iaitu Zinc Complex dan ESP... mengapa??

Kita kenal ZInc Complex Dulu..

 

Terdapat banyak sebab-sebab mengapa kita perlu zink dalam badan kita. Sebab-sebab ini termasuk:
  • Membina sel-sel sihat 
  • Mengawal hormon 
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain 
Satu hubungan penting di antara tahap zink yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zink = DHT kurang; kurang zink = DHT lebih.
Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zink yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zink diperlukan oleh seluruh badan. Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zink juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zink, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zink boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.


ESP ( Soy Protein Isolate Powder )




 Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

Insya Allah segala usaha yang kita lakukan untuk mengatasi masalah pasti akan ada jawapannya...Usaha jangan kenal pernah putus asa dan berdoa.. 

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG