Monday, 27 October 2014

Pemakanan Untuk Penyakit Darah Tinggi

Assalammualaikum semua... sihat ke hari ni.. harap-harap anda semua sihat hendaknya.. alhamdullilah hari nie sue nak share tentang cara pemakanan untuk penyakit Darah Tinggi.

Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah ini??? Jika ada jangan lupa jaga pemakanan anda.. Jom kita baca tentang pemakanan untuk pesakit darah tinggi..

Pengenalan
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah:
  • Garam / natrium
  • Berat badan
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari)
Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
Jadual kandungan garam dalam makanan
Rendah
Sederhana
Tinggi
Buah-buahanDagingAgen Perasa
  • Kicap, sos barbeku, tauchu (pes soya), sos cili, sos tiram, sos tomato.
Sayur-sayuranIkan
Minyak sayuranTelur
LemakSusuEkstrak
  • Sayuran (marmite) - Daging (Bovril)
Gula
Tepung
NasiPenambah perasa
  • Monosodium Glutamat, - Kiub perasa
Roti putih
Roti mil penuh (roti berserat tinggi)
BijirinAgen penaik
  • Serbuk penaik berasaskan natrium, soda bikarbonat
Kekacang
Krim salad
  • Salad cream
  • Mayones
Makanan terproses
  • Makanan dalam tin,
  • Bijirin (sedia dimakan),
  • Keju
  • Sup sedia dimakan
Makanan diawet
  • Ikan masin
  • Telur masin
  • Daging yang diawet
  • Sosej
  • Daging burger
  • Jeruk buah-buahan
  • Jeruk sayur-sayuran
  • Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
Menambah Perisa Dalam Makanan
  • Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda.
  • Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan.
  • Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
  • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
  • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Ha.. dah baca bukan, so jaga-jaga yer dengan pemakanan kita seharian.. selain itu juga kita boleh mencegah dengan supplemen.. so nak tau supplemen yang terbaik untuk anda yang menghidap darah tinggi boleh je...



Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG




HARGA KASIH SAYANG DAN FREE GIFT UNTUK ANDA


info:myhealth

Sunday, 26 October 2014

Cacing Oh Cacing...

Assalammualaikum, salam sayang semua.. nak cerita kisah semalam.. dah beberapa hari ni anak kecil sue kelihatan tak sihat sebab dok muntah-muntah, kembung perut...
asalnya ingatkan kembung perut or salah makan je...


inilah yaya dan ibu... sian anak ibukan... tak pe nanti kita jumpa dokter ye kalau tak elok juga.. sian sbb kurang selera makan.. nak gemuk ! tak nak kurus !...

2 hari lepas anak sue yang kecil ni tak sempat nak ke bilik air, terbuang dalam seluar kecik.. ya allah terkejut tengok kat najis tue ada cacing.. cepat-cepat inform abang.. abang pun suruh cari ubat cacing... 

semalam pergi farmasi, carilah ubat cacing... tararrrr


balik terus je bagi makan.... tapi still nampak kurang selera makan, kembung...


Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)

* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
* Cuci tangan selepas keluar tandas
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
* Pakai kasut apabila keluar rumah
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
* Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
* Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
* Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
* Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.



Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole



Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa - 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun - 1/2 dos



* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !



Demam..

Kenapa yer kita sering demam...jom kita baca lagi...

Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Penyebab Demam
  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah/Kanser
Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.
Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
  • Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
  • Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
  • Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
  • Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
  • Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
  • Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
  • Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
  • Jika tahap suhu badan ≥ 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
  • Jangka suhu telinga boleh digunakan
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

Info : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/tanda-a-gejala/demam
Nak dapatkan produk kesihatanm dari shaklee, anda boleh hubungi saya


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 

~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

Talasemia

Assalammualaikum, perkongsian hari nie info dari myhealth... tentang talasemia.. semoga bermanfaat untuk kita semua..


Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu
  • Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
  • Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?
Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi
Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.
Komplikasi Talasemi
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.
Adakah kumpulan sokongan untuk pesakit Talasemia?
Sila hubungi hospital berhampiran, klinik atau Persatuan Talasemia Malaysia.

credit : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/talasemia 

Nak dapatkan produk kesihatanm dari shaklee, anda boleh hubungi saya


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG

KEK COKLAT CHEESE KUKUS

Assalammualaikum semua... kali nie sue nak share resepi kek coklat cheese.. Guna kaedah kukus je... mudah dan senang, yang penting sedap dan tak muak bila di makan.

25/10/2014 1st time buat kek coklat cheese ni.. pakai bahan kek coklat moist just tambah cheese.. 

Jom try boleh buat... bahan2 semua boleh didapati di pasaraya dan kedai bahan buat kek..

KEK COKLAT CHEESE KUKUS
--------------------------
BAHAN A:


1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN MINYAK

BAHAN B:

4 BIJI TELUR GRED A
1 1/2 CAWAN TEPUNG
1 SUDU SODA BIKARBONAT
1 SUDU SERBUK PENAIK
1 SUDU ESEN VANILA

BAHAN C:

250G TATURA CHEESE
1 BIJI TELUR
1 CAWAN GULA1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM


CARA2NYA:-

1) MASAK SEMUA BAHAN A DI ATAS API... PASTIKAN DIKACAU.. HHEE JANGAN SAMPAI HANGIT PULAK YER.. AGAK2 DAH PANAS BOLEH TUTUP API. (BIAR SEJUKAN SEKEJAP)

2) PUKUL TELUR SEHINGGA KEMBANG.. BILA DAH KEMBANG MASUKKAN COKLET YG DH AGAK SUAM2 TUE DALAM TELUR... PUKUL SEHINGGA SEBATI.. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG, SODA BIKARBONAT, SERBUK PENAIK DAN ESEN VANILA ..PUKUL LAGI SAMPAI SEBATI... DAH SEBATI KITA BIARKAN DULU...

3) SEMENTARA TUE PANASKAN PERIUK PENGUKUS DAN LOYANG K..

4) PUKUL CHEESE BERSAMA GULA.. BILA DAH SEBATI MASUKKAN TELUR... PUKUL LAGI SAMPAI SEBATI... MASUKKAN TEPUNG GANDUM... PUKUL SAMPAI SEBATI...

5) PERIUK KUKUS DAH DI PANASKAN, LOYANG IKUT SUKA NAK PAKAI SAIZ APA YER... MULAKAN MENGUKUS... MASUKAN ADUNAN COKLAT TD.. KUKUS SELAMA 10 MINIT... PASTU MASUKAKAN LAPISAN KE 2 IAITU CHEESE TD... ULANG LA SAMPAI ABIS... KALAU NAK BUAT MACAM KEK LAPIS PUN BOLEH TP MAKE SURE GUNA LOYANG YANG TINGGI SIKIT.... BILA DH ABIS KORANG MELAPIS.. BIARKAN MASAK SELAMA 30MINIT... NAK TAU MASAK KE BELUM .. AMBIK LIDI CUCUK... KALAU X MELEKAT MAKNANYA DH MASAK KALAU MELEKAT NAKNANYA BELUM MASAK...

NOTAKAKISIBUK:- KALAU KORANG NAK SEDAP KORANG LETAK TOPPING KEK DENGAN COKLAT... COKLAT BAR TUE KORANG MASAK DOUBLE BOIL K... PASTU MASUKKAN SIKIT LEMAK SAYUR UTK NMPK LICIN... TAPI BIASA SAYA BUAT SAYA JUST GUNA BANCUHAN KOKO YANG DH DIMASAK TD.. SIMPAN KAN SEDIKIT UNTUK BG MOIST KEK TUE BILA SIAP... INI TERPULANG IKUT CITARASA ANDA... SELAMAT MENCUBA...





1st 25/10/2014


gmbr feozen tue beli kat kedai kek k.. nama dy icing imej..




2nd 26/10/2014..... try buat lapis2...memang sedap kali ke 2 nie... i like it...


SELAMAT MENCUBA SEMUA..... BOLEH TINGGALKAN SEBARANG KOMEN ANDA DI SINI...