Assalammualaikum... perkongsian kali ini sue nak cerita pasal bau badan... pasti kita atau kenalan ada masalah bau badan..... Wajahnya anggun. Penampilan pun menarik. Tambahan
pula ada kerjaya yang stabil. Namun masalah bau badan menyebabkan anda sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan...
Masalah bau badan
mungkin dipandang enteng oleh sesetengah individu yang kurang peka.
Hakikatnya, masalah ini boleh menjadi rumit jika tidak dibendung segera.
Tak kira sama ada lelaki atau wanita, pengurusan kebersihan diri adalah
aspek terpenting yang perlu ditekankan. Jangan ambil mudah, ia
berisiko menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu untuk
bersosial. Paling kritikal, impak yang sangat menakutkan dalam kehidupan
peribadi iaitu sukar mencari jodoh atau bagi yang sudah berkahwin, ia
mampu menjejaskan hubungan sesama suami isteri. Pasti kita tak mahu ini
berlaku bukan?

Kenalpasti Dan Fahami Punca Masalah Bau Badan
Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan yang tersendiri kerana ia
berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada
proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh. Ada
dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine
bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus
hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan
mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea,
sodium, kalsium atau elektrolit.
1. Berpunca dari Bakteria
Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan
tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan
meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan
agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar
Eccrine.
Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel
rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini
mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula
bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
2. Berpunca dari Toksin di dalam Badan
Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna.
Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh,
sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.
Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman
usus berfungsi dengan baik.
Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan
tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
3. Pengambilan Kafein dan Pemakanan Makanan Berempah Yang Berlebihan

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang
mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada
ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.
4. Faktor Kesihatan & Genetik
Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia
(kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia
dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau,
tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
7 Tips Pengurusan Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan
1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.
Pengambilan Supplement Shaklee Untuk Mengawal Bau Badan Secara Semulajadi
Kita juga boleh mengambil supplement seperti supplemen Shaklee untuk
mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee
sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.
Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Shaklee
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
Herba-Lax Shaklee
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi.
Masalah bau badan ini adalah perkara yang serius dan perlu diatasi dari
sekarang sebelum terlewat. Saya pasti tiada antara kita yang suka
dipermain atau diperli oleh rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang
menyenangkan atau berdoalah agar kita tidak ditinggalkan oleh kekasih
hati hanya kerana kita memandang remeh masalah ini!
Berminat untuk mendapatkan produk shaklee, boleh terus hubungi saya
consultation secara percuma dan tip-tip pengunaan kepada pelanggan sue
sepanjang pengambilan produk shaklee bersama sue......
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG
No comments:
Post a Comment