Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang ini saya nak kongsikan satu
entri berkenaan multivitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang sangat
digemari oleh golongan kanak-kanak khususnya dan juga dewasa. Semua ibu
bapa pasti inginkan anak-anak mereka sentiasa cerdas dan cergas
sepanjang hari. Sebagai ibu khususnya, sudah tentu kita tidak mahu
melihat anak-anak kita hanya duduk diam atau baring dan tidur saja tidak
kira waktu sedangkan kanak-kanak lain aktif menikmati zaman kanak-kanak
mereka. Meal Shakes Shaklee dapat membantu para ibu bapa membekalkan
multivitamin yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk hidup sihat dan
kuat.
Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang
berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda
utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak
mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang
berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan
awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan
anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka
mendapat semua khasiat yang diperlukan. Tanpa kita sedari,
makanan-makanan sebegini memungkinkan anak-anak menjadi obesiti atau
kegemukan dan secara tidak langsung menyebabkannya menjadi malas
bergerak atau kurang cerdas.
Meal Shakes Shaklee untuk anak cerdas dan cergas
Meal Shakes Shaklee sangat perlu bagi menampung keperluan vitamin seharian untuk kank-kanak. Ingin saya tekankan di sini, Meal Shakes Shaklee BUKAN lah sebagai pengganti kepada makanan utama seperti nasi, roti dan sebagainya tetapi Meal Shakes Shaklee bertindak sebagai PELENGKAP kepada nutrisi seharian anak-anak kita. Sudah pasti kita sendiri tidak mampu untuk membekalkan keperluan vitamin yang secukupnya untuk anak-anak kita sepanjang hari kan? Antara kebaikanyang terdapat dalam Meal Shakes Shaklee ialah:
Meal Shakes Shaklee Membekalkan Nutrisi Lengkap Kepada Kanak-Kanak.
Meal Shakes Shaklee mengandungi 24 jenis vitamin penting dan mineral untuk keperluan tubuh kanak-kanak. Jika anak-anak kita kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamian dan menyebabkan enzim tidak aktif. Lesitin soya yang terdapat dalam Meal Shakes Shaklee juga bekerjasama baik dengan vitamin rendah lemak.
Meal Shakes Shaklee Sebagai Nutrisi Asas untuk Pertumbuhan dan Pembesaran Kanak-Kanak.
Meal Shakes Shaklee mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat perlu untuk pembinaan tulang dan sel-sel tubuh anak-anak dalam proses tumbesaran mereka.
Meal Shakes Shaklee Menyediakan Nutrien Utama Untuk Sel Tubuh Kanak-Kanak.
Meal Shakes Shaklee amat kaya dengan protein (yang tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sel-sel vaksin yang lain. Meal Shakes Shaklee juga membantu meningkatkan sistem imun dalam tubuh anak-anak.
Meal Shakes Untuk Anti Oksidan.
Meal Shakes Shaklee juga mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupakan komponen anti oksida untuk melawan penuaan. Ini adalah kerana, anak-anak kita juga sering terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel tubuh badan mereka.
Meal Shakes Membantu Mencantik dan Mencerahkan Kulit Anak-Anak.
Meal Shakes Shaklee mengandungi vitamin B Kompleks, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat. Sekaligus dapat menigkatkan warna kulit wajah dan mencantikkan kulit anak-anak.
Meal Shakes Shaklee Membantu Proses Detoksifikasi.
Kandungan Meal Shakes yang kaya dengan serat larut dapat membantu mengeluarkan lemak yang berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut anak-anak. Secara tidak langsung dapat mengelakkan anak-anak daripada sembelit.
Meal Shakes Shaklee Sungguh Enak dan Tidak Mengandungi Perasa dan Pewarna Tiruan.
Rasa Meal Shakes Shaklee yang sungguh enak dapat menarik selera anak-anak untuk menikmatinya sebagai hidangan pelengkap harian mereka. Ditambah pula Meal Shakes Shaklee diperbuat daripada fruktosa semulajadi, tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna dan gula tiruan yang tidak baik untuk tubuh kanak-kanak.
Berminat untuk mendapatkan produk shaklee, boleh terus hubungi saya
consultation secara percuma dan tip-tip pengunaan kepada pelanggan sue
sepanjang pengambilan produk shaklee bersama sue......
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~
sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD PUCHONG
No comments:
Post a Comment