Wednesday, 25 June 2014

Gastrik Boleh Di atasi dengan Shaklee

Anda sering di ganggu dengan masalah gastrik... ketahuilah dengan lebih mengenai gastrik dan supplement yang terbaik bagi membantu anda mengatasi masalah ini...
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
 
1.gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) 
 
2.ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

 
Lapisan mukosa yg menipis dan lemah menyebabkan perut menjadi luka dan wujudnya ulser perut

Ulser perut atau ulser peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer).




Pedih ulu hati terjadi apabila asid di dalam perut tertolak ke bahagian esofagus dan menyebabkan iritasi pada dinding esofagus. Biasanya ia terjadi setengah jam makan dan kesakitannya makin terasa apabila kita membongkok dan berbaring

pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.
 
Jom atasi masalah gastrik anda bersama kombinasi produk terbaik untuk anda
 


Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam 
~Kesihatan yang Baik datangnya dari Dalaman yang sihat~


Sue | 011 2386 6003 | SID 1145139 | COD Puchong
  

No comments:

Post a Comment